Himachal Pradesh
Himachal Pradesh ialah sebuah negeri di barat laut India. Himachal Pradesh terbentang lebih 55,780 kilometer persegi (21,537 bt2) dan bersempadan dengan negeri-negeri Jammu dan Kashmir di utara, Punjab di barat dan barat daya, Haryana dan Uttar Pradesh di selatan, Uttarakhand di tenggara serta kawasan Tibet, China di timur. Himachal Pradesh secara harfiahnya bererti "Tanah gunung bersalji". Himachal Pradesh pernah dikenali sebagai Deva Bhoomi. Pengaruh Arya di rantau ini dipercayai bermula pada zaman sebelum Rigveda. Selepas perang Inggeris-Gorkha, kerajaan penjajah British merampas kuasa. Mula-mula Himachal Pradesh terlingkung dalam Punjab, kecuali Negeri Siba Bukit Punjab, di bawah pemerintahan Maharaja Ranjit Singh sehingga tahun 1857 Pada tahun 1950, Himachal diisytiharkan sebagai wilayah kesatuan, tetapi setelah wujudnya Akta Negeri Himachal Pradesh Act 1971, Himchal menjadi negeri ke-18 Kesatuan India.
